20 Jun 2019
KUALA LUMPUR – Gardenia hari ini secara rasmi melancarkan penambahan rangkaian produk baru iaitu NuMee Gardenia. Diperbuat dengan teknologi terkini bagi pengeluaran mee, proses pempasteuran dan capaian kestabilan NuMee Gardenia telah melibatkan pakar-pakar tempatan dan antarabangsa bagi membawakan mee yang lebih baik untuk isi-isi rumah di Malaysia. Ia adalah mee pastur kuning pertama di negara ini.
Mee kuning sedia dimakan ini tetap mengekalkan tradisi jenamanya, Gardenia, jenama yang dipercayai dalam menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik bagi keluarga di Malaysia selama lebih 30 tahun. Mee kuning NuMee Gardenia merupakan produk yang selamat dan diyakini pengguna kerana ia disahkan Halal oleh Jakim dan dibuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi. Ianya disediakan dalam persekitaran pemprosesan terkawal untuk mengelakkan sebarang pencemaran. Menggunakan teknologi terbaru ia diperbuat tanpa pewarna tambahan, tanpa asid borik, menggunakan alkali bergred makanan, kurang berminyak dan merupakan mee pasteur pertama di pasaran. Teknologi ini mengambil Gardenia tempoh 2 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan mee kuning berkualiti terbaik setakat ini. Proses pasteur ini bagi membunuh bakteria dan mikroorganisma berbahaya yang mempercepatkan kemerosotan makanan dan menghilangkan patogen dan bakteria yang berbahaya. Ia direka untuk memastikan rasa yang lazat dan kualiti tinggi dikekalkan.
“Sebagai jenama nasional pertama Malaysia yang menggunakan kaedah pendekatan pasteurisasi mee, NuMee Gardenia komited dalam mengeluarkan versi mee kuning yang lebih baik yang menawarkan konsistensi kualiti dan rasa yang baik, menjadikan NuMee Gardenia hidangan yang lebih baik untuk anda,” kata Ena Suhaila Abas, Pengurus-Pembangunan Perniagaan untuk NuMee Gardenia.
Majlis pelancaran itu juga memperkenalkan buku resipi oleh tukang masak selebriti dan penulis buku masakan terkenal, Marina Mustafa, bertajuk “Only Mee”: 30 Recipes to Bring Joy to The Table. “Only Mee” dengan kongsian 30 resipi mee berinovatif menggunakan produk NuMee Gardenia ini diilhamkan dari kenangan zaman kanak-kanak Marina tatkala dia membantu menyediakan hidangan bersama saudaranya untuk santapan seisi keluarga. Rahsia di sebalik nombor 30 adalah bagi menyediakan satu resipi untuk setiap hari sebulan bulan itu. “Only Mee” menyediakan pelbagai resipi dari makanan snek ke hidangan dengan sentuhan antarabangsa. Sebagai contoh, resipi menarik ialah OMG NuMee (Original Mee Goreng) yang menggalakkan pemakanan sihat dan seimbang.
NuMee Gardenia dijual pada harga RM1.50 setiap paket dan boleh didapati di seluruh negara di pasar raya dan kedai runcit. Ketahui lebih lanjut mengenai NuMee Gardenia di www.numeegardenia.com.my atau di platform media sosial NuMee, NuMee Gardenia @numeegardeniaofficial di Facebook dan NuMee Gardenia @ numeegardenia_official di Instagram.
Mengenai Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL)
GBKL ditubuhkan pada tahun 1986 dan kini merupakan pengeluar roti terkemuka di Asia Tenggara. Setelah lebih 30 tahun, Gardenia mengendalikan 8 buah kilang dan menghasilkan 43 jenis produk sehari termasuk pelbagai roti buku, roti bun, rol, snek ringan, kek, lepa dan mee kuning.