skip to Main Content

Kelentang Kelentung NuMee Menyaksikan Perang Kuali Bersama Peminat dan Selebriti

20 Januari 2020

 

KUALA LUMPUR – Bagi meraikan pelancaran semula, jenama terkemuka, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah cabaran masakan yang menyaksikan gandingan peminat media sosial NuMee bersama selebriti kegemaran mereka iaitu Cabaran Memasak Kelentang Kelentung NuMee. Dihoskan oleh penyampai radio, Fara Fauzana (FaFau), cabaran tersebut disahut oleh para selebriti termasuk Nourul Depp, Asrul Zaidi, Kartini Ariffin and Ammar Titan.

 

Norazlila Sakimin, Norsalina Jalaludin, Wan Rogayah Wan Muhamad, dan Norernahezreen Hamzah, merupakan peserta bertuah yang terpilih melalui laman media sosial NuMee untuk berganding dengan selebriti kegemaran mereka dalam bersaing dengan pasukan lawan yang bertempat di Culinary Studio iZen @ Kiara 2. Selain menggunakan NuMee dengan resipi diperbaharui sebagai ramuan utama, setiap pasukan diberi beberapa ramuan rahsia yang perlu dimasak bersama dengan mee kuning NuMee seperti belut, tepung, kaki ayam dan ubi kayu. Peserta diberi 40 minit untuk menyiapkan hidangan.

 

Cabaran Memasak Kelentang Kelentung NuMee juga bertujuan bagi mengembalikan semula resipi yang telah dilupakan yang suatu ketika dahulu pernah membawa ahli keluarga bersama, mengeratkan ikatan pertalian kekeluargaan mereka di meja makan. Program ini merupakan gelombang kedua NuMee Gardenia selepas pertama dilancarkan pada tahun 2019. Produk Gardenia kini dilengkapi dengan resipi yang diperbaharui, menyasar untuk menjadi pilihan pertama isi rumah di Malaysia.

 

“Selepas pelancaran NuMee, pasukan NuMee Gardenia telah mendengar dengan teliti tentang apa yang diperkatakan oleh konsumer mengenai produk itu. Kami mengambil kira setiap maklum balas dan kembali ke peringkat penyelidikan dan pembangunan untuk menurut keperluan konsumer. 4 hingga 6 minggu kemudian, kami di sini dengan NuMee yang lebih baik TANPA BAU, TANPA PEWARNA dan LEBIH KENYAL khas untuk isi-isi rumah di sekitar Malaysia,” kata Ena Suhaila Abas, Pengurus, Pembangunan Perniagaan / Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

 

Ketika ditanya mengenai projek Cabaran Memasak Kelentang Kelentung NuMee, Ena menambah bahawa NuMee ingin membawa kembali pelbagai jenis resipi untuk mee kuning melalui Cabaran Memasak Kelentang Kelentung NuMee ini, bervariasi dari hidangan utama hingga ke makanan ringan. Yang lebih penting, semua resipi sesuai dengan mee kuning NuMee yang diperbaharui.

 

Menurut FaFau pula, semua hidangan yang dimasak hebat-hebat belaka. Setiap peserta memberikan yang terbaik semasa cabaran dan beliau secara peribadi merasakan bahawa resipi NuMee yang diperbaharui merupakan faktor penyumbang utama kelazatan hidangan-hidangan tersebut. Kemenangan jatuh kepada pasangan dinamik, Norernahezreen Hamzah dan Kartini Aziz manakala kumpulan peserta yang lain mendapat hadiah Saguhati.

 

NuMee Gardenia dijual pada harga RM1.50 setiap paket dan boleh didapati di pasar raya dan kedai runcit seluruh Semenanjung Malaysia. Ketahui lebih lanjut mengenai NuMee Gardenia di www.numeegardenia.com.my atau di platform media sosial NuMee, NuMee Gardenia @numeegardeniaofficial di Facebook dan NuMee Gardenia @ numeegardenia_official di Instagram.

 

Mengenai Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL)

GBKL ditubuhkan pada tahun 1986 dan kini merupakan pengeluar roti terkemuka di Malaysia. Setelah lebih 33 tahun, Gardenia mengendalikan 7 buah kilang dengan 17 alur produksi yang mengeluarkan pelbagai jenis produk setiap hari termasuk pelbagai roti buku, roti bun, rol, snek ringan, kek, lepa dan mee kuning.

Lain-lain Aktiviti

TERMA & SYARAT PERADUAN RESIPI NUMEE MI SEGERA KU

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN RESIPI NUMEE MI SEGERA KU Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW…

TERMA & SYARAT PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA DI FACEBOOK Langkah 1: LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook…

TERMA & SYARAT PERADUAN SAJIAN RAMADAN NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SAJIAN RAMADAN NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW halaman Facebook…

Peraduan Masak & Menang Bersama NuMee – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MASAK & MENANG BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek…

Peraduan NuMee Ramadan 2021 – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE RAMADAN 2021 Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek NuMee 450g…

Back To Top