skip to Main Content

TERMA & SYARAT PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE

Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi NuMee Gardenia: https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/

Langkah 2: Kongsikan gambar raya anda di ruangan komen post peraduan dan lengkapkan slogan ini dengan kreatif ‘Raya pada tahun ini lebih meriah kerana…’ (tidak lebih 20 patah perkataan)

Langkah 3: Tag 3 rakan anda bersama gambar dan slogan tersebut.

Langkah 4: Kongsikan post Peraduan ini di wall anda berserta hashtag #MeriahnyaRayaBersamaNuMee

Langkah 5: Peserta perlu membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang dinyatakan di dalam nota ini.

TERMA & SYARAT PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE

  1. Tempoh bagi peraduan ini bermula pada 5hb Mei 2022 – 25hb Mei 2022.
  2. Hantarkan penyertaan anda di ruangan komen sebelum 11.59pm, 25hb Mei 2022. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 25hb Mei 2022 tidak akan dilayan.
  3. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Sabah & Sarawak) dan berumur 18 tahun ke atas.
  4. Peraduan ini hanya sah di platform Facebook NuMee Gardenia sahaja iaitu: https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/
  5. Peserta hendaklah mengikuti kesemua 5 Langkah Cara Penyertaan Peraduan Meriahnya Raya Bersama NuMee seperti yang dinyatakan di atas.
  6. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.
  7. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah wang tunai sepanjang tempoh peraduan dari 5hb Mei 2022 – 25hb Mei 2022, jika dipilih.
  8. Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai adalah bernilai RM2,500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus sahaja).
  9. Pihak NuMee akan memilih sebelas (11) orang pemenang sahaja untuk memenangi hadiah wang tunai berikut:
    – Satu (1) Pemenang Hadiah Utama: RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ringgit Sahaja)
    – Sepuluh (10) Pemenang Saguhati: RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ringgit Sahaja)
  10. Pihak NuMee akan membuat pengumuman pemenang di ruangan komen Post Peraduan pada 2 Jun 2022.
  11. Pihak NuMee akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:
    – Gambar raya dan slogan yang kreatif. (Slogan hendaklah tidak melebihi 20 patah perkataan)
    Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE untuk maklumat lanjut.
  12. Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman pemenang dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
    – Nama Penuh seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
    – Nombor & salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan Meriahnya Raya Bersama NuMee’ pada salinan Kad Pengenalan)
    – Nombor Telefon
    – Alamat Emel
    – Nama Bank dan Nombor Akaun Bank
  13. Hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 (1x Pemenang Utama) dan RM200.00 (10x Pemenang Saguhati) tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14-21 hari bekerja.
  14. Sekiranya pihak NuMee tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak NuMee berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.
  15. Keputusan pihak NuMee dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
  16. Pihak NuMee berhak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
  17. Pihak NuMee tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan terjadi di luar tempoh peraduan ini.
  18. Pihak NuMee berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.
  19. Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
  20. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.
  21. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi

Lain-lain Aktiviti

TERMA & SYARAT PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA DI FACEBOOK Langkah 1: LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook…

TERMA & SYARAT PERADUAN SAJIAN RAMADAN NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SAJIAN RAMADAN NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW halaman Facebook…

Peraduan Masak & Menang Bersama NuMee – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MASAK & MENANG BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek…

Peraduan NuMee Ramadan 2021 – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE RAMADAN 2021 Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek NuMee 450g…

Peraduan NuMee Giftbox – Terma & Syarat

Cara Untuk Mengambil Bahagian Peraduan NuMee Giftbox Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE halaman Facebook rasmi…

Back To Top