NAK MASAK APA HARI INI?
Inilah soalan yang membelenggu setiap ibu yang ingin sajian yang mudah tetapi berkhasiat. Apabila masa dan bahan masakan tidak mencukupi, atau apabila selera makan tidak dapat dipuaskan, penyelesaian terbaik adalah selalunya merupakan pilihan yang paling mudah.
Mee kuning tidak pernah gagal untuk menghilangkan rasa lapar, ia juga mengimbas kembali memori gembira makan mee goreng waktu zaman kanak-kanak. Memori berharga dan istimewa pernah tercipta dengan sesuatu semudah mee kuning.
Namun, mee kuning kini tercemar dengan persepsi bahawa ianya tidak bagus kerana rasa pahit, berbau alkali, diragui kebersihan dan tiada jaminan halal. Mee Kuning yang satu masa dahulu digemari semakin terpinggir kerana para ibu mementingkan pilihan yang lebih sihat.
Gardenia menyahut cabaran ini dengan mengemukakan pilihan yang lebih berkualiti – inovasi mee kuning yang menggabungkan kualiti dengan rasa yang hebat!

NuMee Gardenia
NuMee Gardenia adalah mee kuning segar pertama di Malaysia yang dipasteur, dihasilkan oleh Gardenia.
Kepakaran Gardenia menghasilkan roti diaplikasikan dalam proses penyelidikan dan pembuatan mee kuning ini. Penyelidikan intensif selama lebih 2 tahun adalah petanda komitmen Gardenia untuk memberikan yang terbaik untuk para ibu dan penggemar mee kuning di seluruh tanahair.