Di Gardenia, Jawatankuasa Halal khas ditubuhkan untuk meneliti setiap aspek peraturan-peraturan Halal dan untuk memastikan bahawa semua keperluan dipatuhi. Sebagai langkah tambahan untuk mengawal dan melindungi status Halal kita, kita telah melantik Penasihat Syariah Bebas di mana Gardenia boleh rujuk dalam hal-hal yang berkaitan ‘syariah’.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Halal:
Emel: halalcommittee@gardenia.com.my
Pensijilan JAKIM
Semua produk Gardenia adalah disahkan Halal oleh JAKIM. Pemeriksaan kilang yang kerap dijalankan oleh pegawai-pegawai dari JAKIM untuk memantau dan memastikan bahawa operasi keseluruhan yang mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh mereka.
Tepung Gandum (tanpa peluntur), Air Bertapis, Garam, Minyak Sayuraran (berasaskan Biji Kanola, Tanpa Penghidrogenan), dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan (Pengawal Asid).
Produk kami tidak mengandungi sebarang aditif dan pengawet.
NuMee Gardenia boleh disimpan sehingga sepuluh hari apabila disimpan dalam suhu bilik. Anda dinasihatkan untuk menyemak tarikh luput di belakang pek sebelum dimakan.
Anda disyorkan untuk menghabiskan semuanya sekaligus. Walau bagaimanapun, anda boleh menyimpan pek mi yang telah dibuka di dalam bekas kedap udara yang ketat dan disimpan dalam suhu bilik.
Mi ini dihasilkan oleh mesin di kilang Gardenia bertaraf dunia, beroperasi secara automatik, dan diiktiraf Halal yang telah disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Anda boleh mendapatkan maklumat pemakanan produk di bahagian belakang pembungkusan.
Tidak berkenaan untuk NuMee Gardenia.
1 pek ialah 450 gram, 100 gram = 190 kcal. Oleh itu, jumlah kalori per pek adalah (450 gram) adalah 855 kcal.
Sama seperti perkataan “NEW MEE” – Nu … Mee. NU berbunyi seperti “new”
Anda boleh mengemukakan pertanyaan atau aduan anda ke laman web kami di numeegardenia.com.my atau hubungi kami di talian hotline 1-800-88-3228
Mi kami boleh didapati di semua kedai yang turut menjual roti Gardenia. Selain itu, anda juga boleh dapatkan di kedai peruncit lain seperti KK Mart, 99 Speedmart, Pasar Raya Sunshine dan semua kedai Mydin.
Anda boleh menghubungi Personel Jabatan Jualan di 03 5161 3228.
Untuk Perdagangan Tradisional – Encik Norman: ext. 226
Untuk Perdagangan Moden – Cik Tracy Lee: ext. 25
Anda boleh menghubungi Personel Jabatan Jualan di 03 5161 3228.
Tidak. Buat masa ini, ia hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia sahaja.
Ia bergantung kepada saiz pukal tersebut. Kuantiti minimum adalah 300 paket dan ya, kami turut menyediakan penghantaran. Anda boleh menghubungi Jabatan Jualan kami di 03 5161 3228 untuk maklumat lanjut – Encik Norman ext 226
Anda boleh menghubungi Talian Umum di 1 800 88 3228 atau Jabatan Jualan di 03 5161 3228 untuk maklumat lanjut.
Terdapat 2 kategori untuk polisi pertukaran:
- Shop – Gardenia akan mengambil semula produk 3 hari sebelum tarikh luput.
- Pengguna – Boleh mengemukakan aduan anda ke talian bebas tol/ Laman web GBKL/ NuMee FB & laman web kami di numeegardenia.com.my dan dapatkan penggantian baru (dengan alasan yang kukuh).
Anda boleh mendapatkannya dari laman web kami numeegardenia.com.my dan juga buku resipi “Only Mee”, yang boleh didapati di seluruh kedai buku MPH di Semenanjung Malaysia.
Ya, produk kami mengandungi gluten gandum.
Ya , produk ini telah ditapis dan selamat. NuMee Gardenia menjalani proses pasteurisasi yang membunuh bakteria dan mikroorganisma berbahaya yang mempercepatkan kerosakan makanan.
Bahagian adalah jumlah makanan yang anda pilih untuk dimakan untuk makan atau makanan ringan – ia boleh menjadi besar atau kecil. Label pemakanan adalah label yang diperlukan untuk kebanyakan makanan yang dibungkus di kebanyakkan negara. Ia mengandungi maklumat pemakanan produk, dan pengguna boleh merujuk kepada label ini untuk mendapatkan maklumat. Info bahagian NuMee: 1 pek NuMee Gardenia adalah untuk 4 hidangan (4 orang).
Produk kami tidak mengandungi kalium.
Ya, boleh. Walau bagaimanapun, ia disyorkan untuk makan semasa ia masih panas dan segar.
Tidak perlu dibilas. NuMee Gardenia kami tidak perlu dibilas dan sedia untuk dimasak kerana ia telah menjalani proses pasteurisasi bagi membunuh mikroorganisma dan bakteria.
Seperti makanan lain, anda boleh meletakkannya di dalam bekas dan disimpan di dalam peti sejuk. Ini kerana mi telah dimasak dan ia tidak akan bertahan lama seperti yang belum dimasak.
Anda harus menyimpannya pada suhu bilik. Ia tidak disyorkan untuk disimpan di dalam peti sejuk kerana ia akan menjejaskan kualiti mi. Jika anda telah menyimpan mee tersebut di dalam peti sejuk, sila nyah bekukan / letak di luar peti sejuk sehingga mee tersebut mencecah suhu bilik dan sedia untuk dimasak seperti biasa.
Tidak, produk kami tidak mengandungi apa-apa bahan seperti di atas.
Ya, ia adalah Halal dan telah disahkan oleh JAKIM. Nombor sijil kami adalah : MS 1500:2009 1 085-10/2003
Tidak, ia tidak diuji terhadap haiwan.
Ya, ia boleh dikitar semula. Walau bagaimanapun, ia memerlukan proses khas. Oleh itu, kami mengesyorkan anda memasukkannya ke tong “Lain-lain”. Kami memahami keperluan dan kebimbangan untuk menyelamatkan alam sekitar. Kami akan mencari alternatif lain untuk menukar kepada bahan yang lebih mudah untuk dikitar semula.
Anda boleh membacanya di ruang di belakang pek di mana ia menyatakan “baik sebelum” ini. Formatnya adalah hari – bulan – tahun
Tidak, ia tidak mengandungi sebarang produk tenusu.
Tidak, ia tidak mengandungi produk berasaskan telur.
Harga sepeket NuMee Gardenia adalah RM 1.50 sen.
Pasteurisasi adalah proses untuk membunuh bakteria dan mikroorganisma berbahaya yang mempercepat kerosakan makanan. Ia tidak berbahaya, dan tiada kesan jangka panjang terhadap kesihatan.
Kerana kita ingin menghasilkan mi kuning yang belum berada di pasaran Malaysia. Mi kuning yang berada di pasaran tempatan tidak dipasteur dan kami mahu memberikan pilihan mi yang lebih sihat kepada pengguna. Kami adalah produk dan pengilang mi dipasteur yang pertama di Malaysia.
Mi kami tidak mengandungi pewarna; oleh itu ia agak pucat berbanding dengan mi jenama lain di pasaran. Warna mi ini terhasil melalui tindak balas ramuan tepung dan air garam alkali berasaskan gred makanan. Ia melalui proses pasteurisasi yang menghapuskan bakteria, dan telah mengubah warna menjadi sedikit coklat.
Ya, mi kami lebih kenyal. Keanjalan mi kami adalah baik kerana ia mengekalkan bentuknya walaupun selepas memasak, dan anda boleh rasakan kekenyalan mi dan lebih memuaskan. Ini adalah kerana kami menggunakan tepung gandum premium berasaskan bijirin gandum putih yang diimport dari Australia. Oleh itu, ia lebih kenyal.
Ini adalah hasil tindakbalas ramuan semasa proses pasteurisasi yang menyebabkan bau air garam beralkali yang kuat pada beberapa pek pada setiap hari pengeluaran. Terdapat beberapa pek yang terlebih dipasteur dan menyebabkan ia menjadi lebih lembap. Bagaimanapun, jangan bimbang, ia selamat untuk dimakan dan hanya perlu dibilas untuk mengurangkan bau sebelum dimasak.