skip to Main Content

TERMA & SYARAT PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA DI FACEBOOK

Langkah 1: LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi NuMee Gardenia https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial

Langkah 2: Ambil gambar sajian NuMee pedas anda yang tersendiri menggunakan AR filter https://www.facebook.com/fbcameraeffects/tryit/411808440921879/, ‘save’ dan kongsikan gambar tersebut di bahagian komen post peraduan ini

Langkah 3: Tag 3 rakan bersama gambar penyertaan anda di ruangan komen

Langkah 4: Akhir sekali, kongsikan post peraduan ini di wall anda bersama hashtag #NuMeeSemangatMembara #NuMeePedas #NuMeeGardenia

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA DI INSTAGRAM

Langkah 1: FOLLOW Instagram rasmi NuMee Gardenia https://www.instagram.com/numeegardenia_official/

Langkah 2: Kongsikan gambar sajian NuMee pedas di Instagram Story anda dengan menggunakan AR Filter Semangat Membara NuMee:  https://www.instagram.com/ar/411808440921879

Langkah 3: Tag @NuMeeGardenia dan 3 rakan anda

Langkah 4: Pastikan akaun Instagram anda adalah untuk tatapan umum

TERMA & SYARAT PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA 
TEMPOH CABARAN
Tempoh bagi peraduan ini bermula pada 1hb  – 31hb Ogos 2022.

  1. Hantarkan gambar sajian NuMee pedas anda yang tersendiri di Facebook atau Instagram menggunakan AR filter sebelum 11.59pm, 31hb Ogos 2022. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31hb Ogos 2022 tidak akan dilayan.
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Sabah & Sarawak) dan berumur 18 tahun ke atas.
  3. Peraduan ini hanya sah di platform Facebook dan Instagram NuMee Gardenia sahaja iaitu:
    https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial dan https://www.instagram.com/numeegardenia_official
  4. Peserta hendaklah mengikuti kesemua 4 Langkah Cara Penyertaan Peraduan NuMee Semangat Membara seperti yang dinyatakan di atas.
  5. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.
  6. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh peraduan dari 1hb – 31hb Ogos 2022, jika dipilih.
  7. Pihak NuMee Gardenia akan memilih sebelas (11) orang pemenang sahaja.
    a. 1x Hadiah Utama: RM500 Wang Tunai, beserta Apron dan Beg NuMee Edisi Terhad
    b. 10x Hadiah Saguhati: RM200 Wang Tunai, beserta Apron dan Beg NuMee Edisi Terhad
  8. Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat dalam tempoh tiga (3)
    hari setelah pengumuman pemenang dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
    – Nama Penuh seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
    – Nombor & salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa  silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan NuMee Semangat Membara pada salinan Kad Pengenalan)
    – Nombor Telefon
    – Alamat Emel
    – Alamat Rumah
  9. Pihak NuMee Gardenia akan membuat pengumuman pemenang di Facebook dan Instagram rasmi NuMee Gardenia pada 14hb Sept 2022.
  10. Pihak NuMee Gardenia akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:
    – Gambar Sajian yang kreatif.
    – Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA untuk maklumat lanjut.
  11. Hadiah tidak boleh dipindah milik. Hadiah akan dihantar/ditransfer kepada anda dalam tempoh 14- 21 hari bekerja.
  12. Sekiranya pihak NuMee Gardenia tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak NuMee Gardenia berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.
  13. Keputusan pihak NuMee Gardenia dalam semua perkara berkaitan cabaran ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
  14. Pihak NuMee Gardenia berhak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
  15. Pihak NuMee Gardenia tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan terjadi di luar tempoh peraduan ini.
  16. Pihak NuMee Gardenia berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan video tarian pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.
  17. Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
  18. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.
  19. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Pihak NuMee Gardenia bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami.

Lain-lain Aktiviti

TERMA & SYARAT PERADUAN RESIPI NUMEE MI SEGERA KU

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN RESIPI NUMEE MI SEGERA KU Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW…

TERMA & SYARAT PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA DI FACEBOOK Langkah 1: LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook…

TERMA & SYARAT PERADUAN SAJIAN RAMADAN NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SAJIAN RAMADAN NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW halaman Facebook…

Peraduan Masak & Menang Bersama NuMee – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MASAK & MENANG BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek…

Peraduan NuMee Ramadan 2021 – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE RAMADAN 2021 Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek NuMee 450g…

Back To Top