CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN RESIPI NUMEE MI SEGERA KU
Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi NuMee Gardenia: https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/
Langkah 2: Kongsikan gambar dan nama hidangan kreatif NuMee Mi Segera anda di bahagian komen post peraduan
Langkah 3: Tag 3 rakan bersama gambar penyertaan
Langkah 4: Kongsikan Post Peraduan tersebut di wall anda berserta hashtag #NuMeeMiSegeraKu
Langkah 5: Peserta perlu membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang dinyatakan di dalam nota ini.
TERMA & SYARAT PERADUAN RESIPI NUMEE MI SEGERA KU
Tempoh bagi peraduan ini bermula pada 1hb Disember 2022 – 31hb Disember 2022.
- Hantarkan penyertaan anda di ruangan komen sebelum 11.59pm, 31hb Disember 2022. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 31hb Disember 2022 tidak akan dilayan.
- Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia sahaja (tidak termasuk Sabah & Sarawak) dan berumur 18 tahun ke atas.
- Peraduan ini hanya sah di platform Facebook NuMee Gardenia sahaja iaitu: https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/
- Peserta hendaklah mengikuti kesemua 5 Langkah Cara Penyertaan Peraduan Resipi NuMee Mi Segera Ku seperti yang dinyatakan di atas.
- Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.
- Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah wang tunai sepanjang tempoh peraduan dari 1hb Disember 2022 – 31hb Disember 2022, jika dipilih.
- Pihak NuMee akan memilih sepuluh (10) orang pemenang sahaja untuk memenangi hadiah keseluruhan wang tunai bernilai RM2,500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus sahaja).
- Para pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ringgit Sahaja), setiap seorang.
- Pihak NuMee akan membuat pengumuman pemenang di ruangan komen Post Peraduan pada 9hb Januari 2023.
- Pihak NuMee akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:- Gambar dan nama hidangan kreatif NuMee Mi Segera yang anda sediakan- Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE MI SEGERA KU untuk maklumat lanjut.
- Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Nama Penuh seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
- Nombor & salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan Resipi NuMee Mi Segera Ku’ pada salinan Kad Pengenalan)
- Nombor Telefon
- Alamat Emel
- Nama Bank dan Nombor Akaun Bank
- Hadiah wang tunai sebanyak RM250.00 tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14-21 hari bekerja.
- Sekiranya pihak NuMee tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak NuMee berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.
- Keputusan pihak NuMee dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
- Pihak NuMee berhak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
- Pihak NuMee tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan terjadi di luar tempoh peraduan ini.
- Pihak NuMee berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.
- Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
- Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.
- Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/PrivacyBM.htm