skip to Main Content

TERMA & SYARAT PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA

Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW halaman Facebook rasmi NuMee Gardenia iaitu https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/

Langkah 2: Nyatakan masakan tempatan kegemaran anda dan kongsikan kenapa anda menyukainya dengan kreatif di ruangan komen Post Peraduan tersebut (Penyertaan hendaklah tidak melebihi 40 patah perkataan)

Langkah 3: Tag 3 rakan anda bersama jawapan kreatif anda tersebut

Langkah 4: Kongsikan Post Peraduan tersebut di wall anda berserta hashtag #SemangatNuMeeMerdeka

Langkah 5: Peserta perlu membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang dinyatakan di dalam nota ini.

TERMA & SYARAT PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA

  1. Tempoh bagi peraduan ini bermula pada 16hb Ogos 2021 – 30hb Ogos 2021.
  2. Hantarkan penyertaan anda di ruangan komen sebelum 11.59pm, 30hb Ogos 2021. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 30hb Ogos 2021 tidak akan dilayan.
  3. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Sabah & Sarawak) dan berumur 18 tahun ke atas.
  4. Peraduan ini hanya sah di platform Facebook NuMee Gardenia sahaja iaitu:
  5. Peserta hendaklah mengikuti kesemua 5 Langkah Cara Penyertaan Peraduan Semangat NuMee Merdeka seperti yang dinyatakan di atas.
  6. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.
  7. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh peraduan dari 16hb Ogos 2021 – 30hb Ogos 2021, jika dipilih.
  8. Tempoh Peraduan:
    1. Minggu Pertama: 16hb Ogos – 23hb Ogos 2021
    2. Minggu Kedua: 24hb Ogos – 30hb Ogos 2021
  9. Pihak NuMee akan memilih dua puluh (20) orang pemenang sahaja untuk memenangi hadiah keseluruhan wang tunai bernilai RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja).
  10. Para pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja), setiap seorang.
  11. Pihak NuMee akan membuat pengumuman pemenang di ruangan komen Post Peraduan tersebut pada setiap minggu di sepanjang tempoh peraduan ini:
    1. 10x pemenang minggu pertama: 26hb Ogos 2021
    2. 10x pemenang minggu kedua: 3hb September 2021
  12. Pihak NuMee akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:
    – Jawapan yang paling kreatif “Kenapa anda menyukai masakan tempatan kegemaran yang dinyatakan”. (tidak melebihi 40 patah perkataan)
    – Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA untuk maklumat lanjut.
  13. Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
    – Nama Penuh seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
    – Nombor & salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan  ‘Untuk Kegunaan Peraduan Semangat NuMee Merdeka Sahaja’ pada salinan Kad Pengenalan)
    – Nombor Telefon
    – Alamat Emel
    – Nama Bank dan Nombor Akaun Bank
  14. Hadiah wang tunai sebanyak RM100.00 tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14-21 hari bekerja.
  15. Sekiranya pihak NuMee tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak NuMee berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.
  16. Keputusan pihak NuMee dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
  17. Pihak NuMee berhak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
  18. Pihak NuMee tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan terjadi di luar tempoh peraduan ini.
  19. Pihak NuMee berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.
  20. Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
  21. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.
  22. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. bagi tujuan pemprosesan dan juga tidak dihadkan kepada penggunaan data peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti pemasaran berkenaan produk dan tawaran terbaru kami berserta sebarang tujuan pengemaskinian yang diperlukan oleh pihak kami. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/PrivacyBM.htm

 

Lain-lain Aktiviti

TERMA & SYARAT PERADUAN RESIPI NUMEE MI SEGERA KU

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN RESIPI NUMEE MI SEGERA KU Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW…

TERMA & SYARAT PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA DI FACEBOOK Langkah 1: LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook…

TERMA & SYARAT PERADUAN SAJIAN RAMADAN NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SAJIAN RAMADAN NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW halaman Facebook…

Peraduan Masak & Menang Bersama NuMee – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MASAK & MENANG BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek…

Peraduan NuMee Ramadan 2021 – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE RAMADAN 2021 Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek NuMee 450g…

Back To Top