skip to Main Content

Peraduan NuMee Ramadan 2021 – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE RAMADAN 2021

Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek NuMee 450g ATAU 1 pek NuMee Keluarga 900g (Pastikan anda menyimpan resit sebagai bukti pembelian)

Langkah 2: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW halaman Facebook rasmi NuMee Gardenia iaitu https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/

Langkah 3: Kongsikan dengan kreatif di ruangan komen post peraduan tersebut, ‘Ramadan tahun ini akan lebih bermakna kerana….’ (tidak melebihi 20 patah perkataan) dan tag 3 rakan anda.

Langkah 4: Kongsikan post Peraduan tersebut di wall anda berserta hashtag #RamadanNuMee2021

Langkah 5: Peserta perlu membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang dinyatakan di dalam nota ini.

TERMA & SYARAT PERADUAN NUMEE RAMADAN 2021

  1. Tempoh bagi peraduan ini bermula pada 8 April 2021 – 22 April 2021.
  2. Hantarkan penyertaan anda sebelum 11.59pm, 22 April 2021.Sebarang penyertaan yang diterima selepas 22 April 2021 tidak akan dilayan.
  3. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Sabah & Sarawak) dan berumur 18 tahun ke atas.
  4. Peraduan ini hanya sah di platform Facebook NuMee Gardenia sahaja iaitu: https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/posts/956097385128288/https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/
  5. Peserta hendaklah mengikuti kesemua 5 Langkah Cara Penyertaan Peraduan NuMee Ramadan seperti yang dinyatakan di atas.
  6. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.
  7. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh peraduan dari 8 April 2021 – 22 April 2021, jika dipilih.
  8. Pihak NuMee akan memilih sepuluh (10) orang pemenang sahaja untuk memenangi hadiah berjumlah RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus sahaja) bagi setiap pemenang. 10 orang pemenang akan dipilih sepanjang tempoh peraduan dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai adalah bernilai RM2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja).
  9. Pihak NuMee akan memilih 5 pemenang mingguan pada tempoh berikut:
    a) Tempoh penyertaan Mingguan
    – Minggu Pertama: 8 April 2021 – 14 April 2021
    – Minggu Kedua: 15 April 2021 – 22 April 2021
    b) Tarikh Pengumuman Pemenang Mingguan (akan dipaparkan di bahagian komen post peraduan)
    -Pemenang Minggu Pertama: 20 April 2021
    -Pemenang Minggu Kedua: 28 April 2021
  1. Pihak NuMee akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:
  • Jawapan yang paling kreatif dan memikat hati para juri
  • Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE RAMADAN 2021 untuk maklumat lanjut.
  1. Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Nama Penuh seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
  • Nombor & salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan NuMee Ramadan 2021 Sahaja’ pada salinan Kad Pengenalan)
  • Nombor Telefon
  • Alamat Emel
  • Nama Bank
  • Nombor Akaun Bank
  1. Hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14-21 hari bekerja.
  2. Sekiranya pihak NuMee tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak NuMee berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.
  3. Keputusan pihak NuMee dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
  4. Pihak NuMee berhak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
  5. Pihak NuMee tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan terjadi di luar tempoh peraduan ini.
  6. Pihak NuMee berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.
  7. Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
  8. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

Lain-lain Aktiviti

TERMA & SYARAT PERADUAN RESIPI NUMEE MI SEGERA KU

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN RESIPI NUMEE MI SEGERA KU Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW…

TERMA & SYARAT PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA DI FACEBOOK Langkah 1: LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook…

TERMA & SYARAT PERADUAN SAJIAN RAMADAN NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SAJIAN RAMADAN NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW halaman Facebook…

Peraduan Masak & Menang Bersama NuMee – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MASAK & MENANG BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek…

Peraduan NuMee Ramadan 2021 – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE RAMADAN 2021 Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek NuMee 450g…

Back To Top