skip to Main Content

Peraduan NuMee Giftbox – Terma & Syarat

Cara Untuk Mengambil Bahagian Peraduan NuMee Giftbox

Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE halaman Facebook rasmi NuMee Gardenia iaitu https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/

Langkah 2: Kongsikan dengan kreatif di ruangan komen, “Mengapa NuMee Giftbox adalah pilihan terbaik sebagai hadiah untuk pelbagai majlis?”

Langkah 3: LIKE dan SHARE post peraduan ini di laman Facebook anda serta tag 3 rakan anda.

Langkah 4: Peserta perlu membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang dinyatakan di dalam nota ini.

Terma & Syarat Peraduan NuMee Giftbox

  1. Tempoh bagi peraduan ini bermula pada 1 – 30 November 2020.
  2. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 30 November 2020 tidak akan dilayan.
  3. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Sabah & Sarawak) dan berumur 18 tahun ke atas.
  4. Peraduan ini sah di platform media sosial NuMee Gardenia sahaja iaitu https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/
  5. Peserta hendaklah mengikuti kesemua 4 Langkah Cara Mengambil Bahagian Peraduan NuMee Giftbox seperti yang dinyatakan di atas.
  6. Pihak NuMee akan memilih lapan (8) orang pemenang untuk memenangi loket Habib Jewels bernilai RM150.00 setiap satu (1). Jumlah nilai hadiah adalah RM1,200.00.
  7. Pengumuman pemenang akan dibuat pada 11 Disember 2020, Jumaat.
  8. Pihak NuMee akan memilih pemenang berdasarkan jawapan yang paling kreatif dan memikat hati para juri.
  9. Pengumuman pemenang akan dibuat di ruangan komen post peraduan ini ataupun sebagai post di laman Facebook NuMee Gardenia.
  10. Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
    • Nama Penuh seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
    • Nombor & salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan NuMee Giftbox Sahaja’ pada salinan Kad Pengenalan)
    • Nombor Telefon
    • Alamat Emel
    • Alamat Surat Menyurat (Semasa)
  11. Pihak NuMee Gardenia akan memberikan senarai lokasi Habib Jewels yang berdekatan dengan alamat semasa pemenang. Pemenang harus memilih hanya satu (1) cawangan Habib Jewels sahaja untuk proses tuntutan hadiah.
  12. Berdasarkan maklumat yang diberikan, pihak NuMee akan menghantar surat melalui Khidmat Penghantaran Berdaftar sebagai bukti untuk proses tuntutan hadiah di Habib Jewels.
  13. Para pemenang diwajibkan untuk membawa surat yang diterima ke cawangan Habib Jewels dan harus menunjukkan Kad Pengenalan semasa proses tuntutan hadiah. Tanpa surat dan bukti Kad Pengenalan tersebut, para pemenang tidak boleh menuntut hadiah. Sebagai peringatan, penukaran lokasi cawangan Habib Jewels tidak dibenarkan setelah para pemenang bersetuju dengan salah satu (1) cawangan Habib Jewels.
  14. Sekiranya pihak NuMee tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak NuMee berhak untuk memilih pemenang yang lain.
  15. Tuntutan hadiah di cawangan Habib Jewels yang telah dipersetujui oleh pihak pemenang perlu dilakukan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh yang tertera pada surat yang diterima.
  16. Hadiah loket emas ini tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat atas nama sendiri, dan pemenang harus menuntut hadiah sendiri di cawangan yang disetujui.
  17. Keputusan pihak NuMee dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
  18. Pihak NuMee berhak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
  19. Pihak NuMee tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan terjadi di luar tempoh peraduan ini.
  20. Pihak NuMee berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.
  21. Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
  22. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

Other Activities

TERMA & SYARAT PERADUAN RESIPI NUMEE MI SEGERA KU

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN RESIPI NUMEE MI SEGERA KU Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW…

TERMA & SYARAT PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE SEMANGAT MEMBARA DI FACEBOOK Langkah 1: LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MERIAHNYA RAYA BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook…

TERMA & SYARAT PERADUAN SAJIAN RAMADAN NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SAJIAN RAMADAN NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN KENANGAN 2021 NUMEE Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW Facebook rasmi…

TERMA & SYARAT PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW halaman Facebook…

Peraduan Masak & Menang Bersama NuMee – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MASAK & MENANG BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek…

Peraduan NuMee Ramadan 2021 – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE RAMADAN 2021 Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek NuMee 450g…

Back To Top