skip to Main Content
MeeSira

RESEPI NUMEE GARDENIA

MeeSira

Sajian untuk ~ 20 orang
Masa penyediaan ~ 30 min
Masa memasak ~  15 min

Bahan-bahan

  • 3 cawan minyak untuk menggoreng
  • 1 bungkus mee kuning
  • 1/4 cawan minyak untuk menumis
  • ½ cawan pes cili
  • ¼  cawan gula
  • 1 ½  sb cuka
  • 1 1/2  sk garam

Cara-cara memasak

  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Masakkan pes cili diatas api kecil selama 2 minit atau sehingga minyaknya timbul.
  • Masukkan gula, garam dan cuka.
  • Masakkan lagi  selama 3 minit sehingga cilinya menjadi likat, pekat & berkilat.
  • Padamkan api dan masukkan gorengan ikan bilis & kacang. Gaul sehingga rata.
  • Sendukkan keatas pinggan untuk menghidang atau boleh disimpan di dalam bekas kedap angin selama seminggu.

Nota Chef

  • Mee rangup mesti sejuk sebelum digaulkan bersama cili sira. Jika ia masih panas, mee akan menjadi lemau dan hilang rangupnya.
  • Cili sira mesti likat dan pekat sebelum mee rangup dimasukkan atau mee juga akan melembut.

RESEPI NUMEE GARDENIA

MeeRuku

Sajian untuk ~ 20 orang
Masa penyediaan ~ 30 min
Masa memasak ~  15 min

Bahan-bahan

  • 3 cawan minyak masak
  • 1 bungkus mee kuning
  • 5 tangkai daun kari
  • 2 sk serbuk kari
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk serbuk cili
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 2 sk garam
  • 1 1/2 sk serbuk lada hitam

Cara-cara memasak

  • Potongkan mee kuning sepanjang 1 1/2 inci.
  • Gorengkan mee ke dalam minyak panas selama 2 minit atau hingga keemasan & rangup.
  • Masukkan daun kari kepada mee untuk menggorengnya bersama selama 1 minit sebelum mengeluarkannya dari minyak. Tapiskannya.
  • Letakkan mee rangup ke dalam mangkuk keluli tahan karat yang lebar.
  • Masukkan kesemua serbuk rempah ke dalam mangkuk untuk digaulkannya bersama.
  • Letakkan rempah-rempah ke dalam botol untuk senang ditaburkan.
  • Masukkan mee rangup ke dalam mangkuk dan taburkan serbuk rempah kepadanya. Goncangkan bersama sehingga sama rata.
  • Masukkan MeeRuku ke dalam bekas kedap angin. Boleh tahan selama 3 bulan.

Nota Chef

  • Apabila mee rangup masih suam, ia akan meresap rempah-rempah yang ditaburkan keatasnya. Jika mee rangup sudah sejuk, rempah tidak akan melekat dengan baik.
Back To Top