skip to Main Content

RESEPI NUMEE GARDENIA

NuMee Cups

Sajian untuk ~ 4 orang
Masa penyediaan  ~ 40 min
Masa memasak~  20 min

Bahan-bahan

  • 1 buku roti kecil, dibuang tepinya
  • 2 sb mentega & 1 sb lagi untuk meminyakkan tin
  • 2 bawang besar, dicincang
  • 2 ulas bawang puting, dicincang
  • 250gms ayam/daging cincang
  • 1 lobak merah, diparut
  • 1/4 cawan daun saderi cincang
  • 2 sk garam
  • 2 sk serbuk lada hitam
  • 2 cawan susu sejat
  • 1 cawan air
  • 4 biji telur, dipukul
  • 1 cawan keju ceddar, diparut
  • 1 bungkus mee kuning
  • 5 keping roti, dibakar & dikisar kering

Cara-cara memasak

  1. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumiskan bawang cincang dan bawang putih.
  2. Masukkan daging/ayam cincang dan kacau selama 3 minit atau sehingga daging masak sepenuhnya.
  3. Masukkan lobak merah dan masak lagi selama 2 minit.
  4. Kemudian masukkan daun saderi, garam & lada sulah.
  5. Akhir sekali, gaulkan mee kuning & keju parut bersama tumisan daging. Padamkan api apabila sudah sebati. Ketepikan.
  6. Masukkan telur, susu & air kedalam jag dan bancuh hingga sebati.
  7. Ambil sekeping roti dan tekan mengikut acuan tin muffin yang sudah disapu mentega.
  8. Putarkan mee dengan menggunakan garpu. Letakkan putaran mee & daging ke dalam acuan roti tin muffin.
  9. Tuangkan bancuhan telur & susu keatas mee sehingga 3/4 penuh.
  10. Taburkan serbuk roti keatas mee.
  11. Bakar didalam ketuhar yang panasnya 180ºC selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya dan warna keemas-emasan.

Nota Chef

  • Kepingan roti lebih senang dilapikkan jika ia dileperkan dahulu dengan menggunakan penggulung pin rolling.
Back To Top