skip to Main Content

RESEPI NUMEE GARDENIA

Vegetarian Noodle Lasagne

Sajian untuk  ~ 6 orang
Masa penyediaan ~ 30 min
Masa memasak ~  1 jam 30 min

Bahan-bahan

  • ¼ cawan minyak
  • 2 bawang besar kuning, dicincang
  • 250 gms cendawan butang
  • 1 cili bengala, dicincang
  • 3 lobak merah, diparut
  • 5 batang saderi, dicincang
  • 2 cawan kuah tomato
  • ¼ cawan tomato puri
  • 2 cawan air
  • 2 sk Italian seasoning (gabungan rempah-rempah Itali spt basil, marjoram, oregano, rosemary dan thyme.)
  • 3 sb gula
  • 2 sk garam
  • 2 sk serbuk lada hitam
  • 2 sb tepung gandum
  • 2 sb mentega
  • 2 cawan susu segar
  • ½ cawan keju parut
  • 1 bungkus mee kuning

Cara-cara memasak

  1. Untuk membuat sos lasagna, panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumis bawang selama 2 minit atau sehingga lembut & wangi.
  3. Gaulkan cendawan cincang & cili bengala  dan masak selama 3 minit.
  4. Tuangkan kuah tomato, tomato puri & air.
  5. Masukkan lobak merah dan saderi.
  6. Masak atas api sederhana kecil selama ½  jam.
  7. Masukkan garam, gula & Italian seasoning (gabungan rempah-rempah Itali spt basil, marjoram, oregano, rosemary dan thyme.)
  8. Didalam periuk lain, cairkan mentega.
  9. Untuk membuat sos putih, masukkan tepung gandum kedalamnya dan gaul sehingga sebati.
  10. Tuangkan susu segar perlahan-lahan dan bancuhkannya bersama sehingga sos nya licin & kilat.
  11. Masukkan keju parut dan padamkan apinya.
  12. Mula membuat lasagna dengan gaulkan mee kuning bersama sos tomato.
  13. Sendukkan 3 senduk besar mee kuning bergaul sos tomato di dalam bekas tahan panas.
  14. Tuangkan pula sos putih keatasnya.
  15. Ulangkan proses ini sehingga kesemua sos sudah habis digunakan.
  16. Bakarkan lasagna di dalam ketuhar panasnya 180ºC selama 40 minit.
  17. Biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan.

Nota Chef

  • Apabila merebus mee kuning, pastikan air sudah mendidih sepenuhnya. Jika tidak , mee akan mengembang, lembik dan berat.
  • Sayur-sayuran yang digunakan untuk lasagna ini boleh ditukar dan dikurangkan. Tetapi, lobak merah memberi kemanisan kepada Lasagna ini.
Back To Top