skip to Main Content

RESEPI NUMEE GARDENIA

Original Mee Goreng (OMG) NuMee

Sajian untuk ~ 4 orang
Masa penyediaan ~ 15 mins
Masa memasak ~ 15 mins

Bahan-bahan

  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 bawang merah sederhana besar, dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 2 sb udang kering, direndam air panas & dikisar
  • 3 sb pes cili
  • 4 sb sos tomato
  • 1 sb kicap manis
  • 2 dada ayam, dihiris
  • 2 buah tomato, dipotong 6
  • 1/2 cawan air
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula
  • 1 bungkus mee kuning
  • 200 gms taugeh
  • 6 tangkai daun kucai, dihiris 2 inci panjang
  • 4 telur setengah masak
  • 3 cili padi merah, dihiris
  • 3 cili padi hijau, dihiris
  • 3 sb mee kuning dipotong kecil & digoreng rangup
  • 50gm salad
  • 12 tomato ceri
  • 4 limau kasturi, dibelah dua

Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak didalam kuali.
  2. Tumiskan bawang, bawang putih, udang kering & pes cili sehingga wangi selama seminit.
  3. Sendukkan sos tomato & kicap manis kedalam kuali.
  4. Gorengkan hirisan ayam selama dua minit dan masakkan selama 2 minit.
  5. Masukkan potongan tomato.
  6. Tuangkan air kedalam kuali.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.
  8. Masukkan mee kuning kedalam kuali dan gaulkannya sehingga sama rata.
  9. Masukkan taugeh dan gaulkan selama seminit.
  10. Taburkan daun kucai ke atas mee dan gaulkan selama 30 saat dan padamkan api.
  11. Sendukkan mee kedalam mangkuk hidang. Letakkan telur setengah masak keatas mee.
  12. Taburkan dengan daun salad, hirisan cili padi dan mee kuning rangup.
  13. Hidangkan dengan tomato ceri dan limau kasturi ditepi sebagai penambah selera.

Nota Chef

  • Untuk memasak telur separuh masak, panaskan air didalam periuk. Apabila air mendidih, kecilkan api dan biarkan air merenih. Masukkan telur kedalam air mendidih selama 5 minit untuk telur yang agak cair dan 7 minit untuk telur setengah masak yang lebih keras supaya ia senang disenduk keluar.
  • Untuk menggoreng mee kuning rangup, potongkan mee kuning 1/2 inci panjang. Panaskan minyak dengan kepanasan 190ºC. Gorengkan segenggam mee kedalam minyak dan gorengkan selama 3 minit atau sehingga garing. Mee rangup boleh juga dirangupkan di dalam air fryer selama 4 minit dengan kepanasan 180ºC.
Back To Top