skip to Main Content

RESEPI NUMEE GARDENIA

Popiah Noodles

Sajian untuk ~ 15 biji
Masa penyediaan ~ 30 min
Masa memasak ~  15 min

Bahan-bahan

  • 3 sb minyak masak
  • 1 bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 hiris halia, dicincang
  • 2 cili merah, dicincang
  • 2 sb udang kering, direndam air panas, ditapis & ditumbuk
  • 1/2 sengkuang, diparut kasar
  • 300 gms isi udang, dipotong
  • 1/2 peket mee kuning
  • 1 lobak merah, diparut kasar
  • 1 batang timun, dibuang buluh & diparut kasar
  • 2 cawan taugeh
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 3 sb daun saderi dicincang
  • 1 biji telur, dipukul & diguna sebagai pelekat
  • 4 cawan minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak kedalam kuali. Tumiskan bawang, halia & bawang putih selama seminit.
  2. Masukkan udang kering dan goreng selama 2 minit diatas api kecil.
  3. Masukkan sengkuang dan goreng selama 3 minit sehingga lembut.
  4. Masukkan isi udang dan masak seminit.
  5. Letakkan mee kuning kedalam kuali dan gaulkan sehingga kesemua bahan samarata.
  6. Masukkan lobak merah, timun & taugeh. Gaulkan selama 1 minit.
  7. Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
  8. Sendukkan mee inti popiah kedalam mangkuk.
  9. Letakkan selapis kulit popiah keatas permukaan bersih.
  10. Sendukkan sesenduk inti ditepi kulit popiah.
  11. Gulungkan popiah dan lipatkan tepi kulit popiah menghala ke tengah.
  12. Sapukan sedikit telur ditepi kulit popiah untuk melekatkan kulitnya supaya tidak terbuka.
  13. Teruskan proses mengisi, menggulung dan kelimkan kulitnya kemas, sehingga kesemua intinya habis digunakan.
  14. Gorengkan popiah mee didalam minyak panas, pusingkan popiah sehingga semua bahagian berwarna keemas-emasan.
  15. Letakkan diatas kertas dapur untuk mengeringkannya dan hidangkan panas.

Nota Chef

  • Pastikan inti mee popiah betul-betul sejuk sebelum digulungkan. Inti yang panas akan menembus keluar melalui kulit popiah. Waktu menggoreng popiah, intinya akan keluar dan mengotorkan minyak.
Back To Top