skip to Main Content

Peraduan Masak & Menang Bersama NuMee – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MASAK & MENANG BERSAMA NUMEE

Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek NuMee 450g ATAU 1 pek NuMee Keluarga
– Pastikan anda menyimpan resit ATAU ambil gambar tarikh guna sebelum di belakang pek NuMee yang telah digunakan sebagai bukti pembelian
– Pembelian hendaklah dilakukan semasa di dalam tempoh peraduan
– Resit ATAU pek NuMee yang telah digunakan akan diminta sekiranya anda dipilih sebagai salah seorang pemenang

Langkah 2: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW halaman Facebook rasmi NuMee Gardenia iaitu https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/

Langkah 3: Kongsikan gambar masakan anda menggunakan NuMee dengan kreatif di ruangan komen post peraduan tersebut

Langkah 4: Sertakan juga resipi lengkap bersama gambar tersebut dan tag 3 rakan anda

Langkah 5: Kongsikan post Peraduan tersebut di wall anda berserta hashtag #NuMeeMasakDanMenang2021

Langkah 6: Peserta perlu membaca dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang dinyatakan di dalam nota ini.

TERMA & SYARAT PERADUAN MASAK & MENANG BERSAMA NUMEE

  1. Tempoh bagi peraduan ini bermula pada 9hb Jun 2021 – 23hb Jun 2021.
  2. Hantarkan penyertaan anda di ruangan komen sebelum 11.59pm, 23hb Jun 2021.Sebarang penyertaan yang diterima selepas 23hb Jun 2021 tidak akan dilayan.
  3. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang bermastautin di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Sabah & Sarawak) dan berumur 18 tahun ke atas.
  4. Peraduan ini hanya sah di platform Facebook NuMee Gardenia sahaja iaitu:
    https://www.facebook.com/numeegardeniaofficial/posts/993355734735786
  5. Peserta hendaklah mengikuti kesemua 6 Langkah Cara Penyertaan Peraduan Masak & Menang Bersama NuMee seperti yang dinyatakan di atas.
  6. Penyertaan yang tidak jelas / tidak lengkap atau/dan tidak mematuhi kesemua terma & syarat yang telah ditetapkan akan dibatalkan/ hilang kelayakan.
  7. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Namun, hanya SATU penyertaan sahaja yang akan dinilai dan layak untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh peraduan dari 9hb Jun 2021 – 23hb Jun 2021, jika dipilih.
  8. Pihak NuMee akan memilih tiga belas (13) orang pemenang sahaja untuk memenangi hadiah – hadiah berikut:
    a) 1 Pemenang Hadiah Utama: Kitchen Aid Food Processor
    b) 2 Pemenang Hadiah Kedua: Set Peralatan Memasak Tefal
    c) 10 Pemenang Hadiah Saguhati: Wang tunai berjumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja) bagi setiap pemenang berserta Apron dan Shopping Bag NuMee
  9. 13 orang pemenang ini akan dipilih sepanjang tempoh peraduan dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai dan barangan yang bernilai hampir RM2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu sahaja).
  10. Pihak NuMee akan membuat pengumuman 13x pemenang pada 30hb Jun 2021 di ruangan komen Post Peraduan tersebut.
  11. Pihak NuMee akan memilih pemenang berdasarkan kriteria di bawah:
  • Gambar masakan yang paling menarik dan memikat hati para juri
  • Pemenang juga akan dipilih mengikut resipi kreatif yang dicipta
  • Setiap langkah yang disenaraikan haruslah diikuti seperti dinyatakan di atas. Sila rujuk CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MASAK & MENANG BERSAMA NUMEE untuk maklumat lanjut.
  1. Pemenang dikehendaki untuk PM (Private Message) maklumat mereka dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Nama Penuh seperti yang tertera pada Kad Pengenalan
  • Nombor & salinan Kad Pengenalan (Sebagai langkah keselamatan, jangan lupa silangkan dan tuliskan ‘Untuk Kegunaan Peraduan Masak & Menang Bersama NuMee Sahaja’ pada salinan Kad Pengenalan)
  • Nombor Telefon
  • Alamat Emel
  • Alamat Tempat Tinggal
  • Nama Bank dan Nombor Akaun Bank (bagi pemenang Hadiah Saguhati sahaja)
  1. Hadiah dan wang tunai sebanyak RM50.00 tidak boleh dipindah milik. Pemenang harus memberikan maklumat bank atas nama sendiri sahaja. Hadiah wang tunai tersebut akan dibuat secara “Online Transfer” dalam tempoh 14-21 hari bekerja.
  2. Hadiah yang dimenangi juga akan di hantar ke alamat yang diberikan dalam tempoh 14-21 hari bekerja.
  3. Sekiranya pihak NuMee tidak menerima sebarang maklum balas mengenai maklumat daripada pemenang dalam tempoh tiga (3) hari setelah pengumuman dibuat, pihak NuMee berhak untuk memilih pemenang yang lain sebagai ganti.
  4. Keputusan pihak NuMee dalam semua perkara berkaitan peraduan ini adalah muktamad. Sebarang rundingan mahupun surat menyurat tidak akan dilayan.
  5. Pihak NuMee berhak untuk menukar, membatalkan dan/atau menamatkan penyertaan peserta, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.
  6. Pihak NuMee tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan terjadi di luar tempoh peraduan ini.
  7. Pihak NuMee berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat dan gambar pemenang untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi, atau untuk mengumumkan nama pemenang dalam media cetak dan media elektronik.
  8. Semua peserta mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap.
  9. Peserta juga memahami segala terma dan syarat peraduan ini dan bersetuju untuk mematuhinya.

 

Other Activities

TERMA & SYARAT PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN SEMANGAT NUMEE MERDEKA Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE dan FOLLOW halaman Facebook…

Peraduan Masak & Menang Bersama NuMee – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN MASAK & MENANG BERSAMA NUMEE Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek…

Peraduan NuMee Ramadan 2021 – Terma & Syarat

CARA-CARA PENYERTAAN PERADUAN NUMEE RAMADAN 2021 Langkah 1: Peserta perlu membeli 2 pek NuMee 450g…

Peraduan NuMee Giftbox – Terma & Syarat

Cara Untuk Mengambil Bahagian Peraduan NuMee Giftbox Langkah 1: Peserta hendaklah LIKE halaman Facebook rasmi…

Buy , Collect and Redeem NuMee Apron Now!

  Ways to get an apron!   1. Participants are required to comment “SAYA NAK”…

NuMee Gardenia’s Innovative Production Technology Marks the Evolution in Yellow Noodles

20 June 2019   KUALA LUMPUR – Gardenia today officially launched its new addition, the…

Majlis Noodling NuMee Untuk Memperkenalkan Mee Kuning Baharu Daripada Gardenia
Majlis Noodling NuMee untuk memperkenalkan mee kuning baharu daripada Gardenia

Fuh! Meriah betul majlis 🎊Noodling NuMee🎊 untuk memperkenalkan mee kuning baharu 🍜 daripada Gardenia. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.…

Back To Top mega888